Tuesday, February 19, 2013

Kawan yang perlu dihindari ? Jom singgah :*

This is what im always call friends Ketawa bersama , menangis bersama . Ni lah yang kita nakkan ? Tapi , kawan kbnyakan tak boleh percaya sangat tauuu :* Antaranya :

BATU API -> Kawan yang macam ni selalunya akan merobohkan satu perhubungan. kenapa SB kata macam tue? insan beginilah yang akan menghasut kita. benda yang kecil boleh jadi besar. benda yang besar bertambah besar. semua ni berlaku dalam masa kita tak sedar. contoh masa kita tengah marahkan seseorang, dia la orang pertama yang akan buat kita lagi marah, sokong segalanya. tapi hakikatnya dia tak tau apa2 pun.
TIDAK MENYIMPAN RAHSIA -> Banyak kan dikalangan kita yang macam ni? orang yang macam ni diibaratkan macam mami jarum. pantang dapat maklumat. habis satu kampung dicanangnya. tapi fafa tak kata mami jarum ni jahat. terserahlah pada diri kita nak menilai, ada juga yang baik.jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. betul dokk ?
HIPOKRIT -> Depan baik, kat belakang ya allah tuhan ja tau. macam-macam cerita dia cerita tentang kita. namun, jangan hanya melihat pada orang lain ya, kadang-kadang kita pun bercerita tapi kita tak sedar sebenarnya kita dah tergolong dalam golongan nie..bertaubatlahh.
PENGHUTANG TEGAR -> Jenis ni adalah jenis yang suka sangat berhutang. dah memang lumrah hidup dia. hutang, hutang dan hutang. banyak duit pun nak hutang lagi. haa jenis ni memang susah sangat nak bayar hutang. mesti ramai yang sangkal kan? tapi memang ada la jenis cam nie. sanggup berhutang dari duit dia berkurangan. Sebagai kawan, kita tak akan berkira.. tapi bila dah terlalu kerap.. mula lah, kita perasan. Oleh itu, kalau tak suka bayar hutang, jangan berhutang ya.
JUAL IKANN (sellfish)-> Kawan yang macam nie memang banyak.fafa tak sangkal, kadang-kadang kita perlu juga pentingkan diri sendiri. tapi biar la berpada-pada. janganla semua benda nak pentingkan diri sendiri. kita hidup bermasyarakat. kena la kongsi-kongsi. kalau semua nak harapkan kawan, lama-lama tak ada orang yang berkawan.

key done 5 ciri atau jenis kawan yang patut dihindari.
tapi fafa tak kata kita tak patut kawan dengan orang macam ni.
jangan salah faham, kalau nak jadi kawan yang baik kenala selalu tengur menegur
kalau ada kawan yang macam ni, nasihatilah dia
nasihat secara berhemah, kalau betul dia kawan kamu, dia tak akan marah.
malah dia akan lebih sayang kat kamu.


No comments: